Terus Tonton Dan Dengar GalaksiMuzik RTM Segalanya Muzik Di Stesen Muzik Anda | Muat turun aplikasi kami secara percuma ke peranti anda dengan kata carian Galaksi Muzik RTM untuk pengguna android atau RTM Mobile bagi pengguna android dan ios | [ISNIN] Layar GalaksiMuzik secara LIVE bersama DJ anda dan penggiat seni tanahair dalam mempromosi drama/filem terbaharu tempatan bermula 9 malam di GalaksiMuzik RTM | [SELASA] Rock Selamba secara LIVE bersama DJ Fairuz bermula 3ptg bersama dengan artis jemputan yang dibawakan khas untuk anda.Ok Jugak Tuh! | [ SELASA ] LIVE Terbaik20 di GalaksiMuzik bersama DJ Aliff bermula 8 malam, ketahui keputusan carta lagu tempatan untuk setiap minggu dan jangan lupa untuk mengundi lagu kegemaran anda | [RABU] Secara langsung dalam segmen Artis Anda bermula 9.00 malam, penampilan istimewa Artis Anda di GalaksiMuzik RTM .Tonton Dan Dengar secara langsung di GalaksiMuzik. | [KHAMIS] Carta Lagu Antarabangsa TOP20 @ GalaksiMuzik bersama DJ Ima bermula 8 malam secara LIVE.Ketahui kedudukan terkini Top20@GalaksiMuzik setiap minggu, setiap hari Khamis pastinya Segalanya Muzik Di Stesen Muzik Anda | [JUMAAT] LIVE bersama Artis Anda bermula 9 malam , Tonton Dan Dengar dan kenali lebih rapat sisi peribadi Artis Anda secara langsung di GalaksiMuzik |

ROCK SELAMBA

Terbaik 20 bersama Kump.Spider

Artis Anda Sharul

Top 20 @ GalaksiMuzik

Artis Anda Eka Sharif


Tarikh : 20 September 2016
Masa : 3 petang
Sinopsis : Rock Selamba secara LIVE bersama DJ Fairuz bermula 3 petang bersama Kumpulan Sparrow secara eksklusif di GalaksiMuzik. Siaran serentak MUZIKfm dan Muzik Aktif, Ok Jugak Tu, Rock Jalan Terus!


Tarikh : 20 September 2016
Masa : 9 malam
Sinopsis : Istimewa Terbaik 20 di GalaksiMuzik, bersama Kumpulan Spider yang bakal beraksi di Lentera Muzika secara langsung pada 25 September di TV1. Tonton dan dengar DJ Aliff dan DJ Jeed bersama Kumpulan Spider, untuk kita ketahui apa yang bakal mereka pertontonkan nanti, serta eksklusif akustik Spider di konti Muzikfm .


Tarikh : 21 September 2016
Masa : 9 malam
Sinopsis : Lahir dari program realiti kini Sharul tampil dengan single terbaru dan juga beliau kini aktif dalam bidang lakonan. Nak tahu lebih lanjut Single terbaru dan perkembangan Shahrul? Jom kenali lebih rapat Shahrul di segmen Artis Anda pada 21 September 2016, bermula 9.00 malam, eksklusif menerusi MUZIKfm & Muzik Aktif.


Tarikh : 22 September 2016
Masa : 8 malam
Sinopsis : Top 20 @ GalaksiMuzik menampilkan DJ Ima sebagai penyampai yang akan membawakan keputusan terkini melalui undian penonton dan pendengar untuk carta lagu antarabangsa.Jangan lupa tonton dan dengar GalaksiMuzik , Segalanya Muzik Di Stesen Muzik Anda.


Tarikh : 23 September 2016
Masa : 9 malam
Sinopsis : Eka Sharif pernah tampil bersama Hanarose, tapi kali ini beliau tampil solo dan mengeluarkan Single terbaru. Nak tahu perkembangan terbaru beliau serta ingin kenali lebih rapat Eka Sharif yang popular dengan apps "Smule" ini? Jom bersama beliau dalam segmen Artis Anda pada 23 September 2016, bermula 9.00 malam.

Seni Beradab

M-Pop

Ronda Selebriti

Syok :Pergi Haji

Pop Sensasi


Tarikh : 20 September 2016
Masa : 6.00 petang
Sinopsis : Seni Beradab mengketengahkan adab- adab yang melibatkan masyarakat Malaysia. Selain itu, saksikan juga paparan mengenai seni warisan istana Melayu iaitu Adat Menjunjung Duli. Jangan lupa bersama pengacara, Dang Suria Zainurdin.


Tarikh : 20 September 2016
Masa : 6.30 petang
Sinopsis : M Pop minggu ini mengundang beberapa orang lagi artis seperti Max 24.7 dan Rini. Jangan saksikan persembahan hebat mereka. Jangan lupa temujanji anda bersama Nur Falisha Crossley.


Tarikh : 21 September 2016
Masa : 3.00 petang
Sinopsis : Meronda sambil berhibur dengan keletah dan persembahan artis- artis undangan pada minggu ini. Mereka ialah Tengku Aidil dan Suki Low yang akan turut sama berkongis pengalaman menjejaki pewaris seni dan budaya temapatan dis etiap negeri yang dilawati.


Tarikh : 21 September 2016
Masa : 8.00 malam
Sinopsis : Episod "Pergi Haji" minggu ini akan mengundang pelawak dan artis- artis popular seperti Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Adibah Noor, AR Badul, dan Harun Salim Bachik yang akan menghiburkan anda dengan keletah mereka. Jangan lupa saksikan satu- satunya rancangan komedi muzikal yang sungguh menarik ini.


Tarikh : 22 September 2016
Masa : 3.00 petang
Sinopsis : Siapakah artis yang akan berkongsi pengalaman suka dan duka sepanjang bergelar artis dalam bidang seni suara tanahair pada minggu ini? Saksikan temubual beliau bersama pengacara, Yasmin Hani.

Pop Yeh Yeh

Malar Segar

Transmisi Etnik

Santai D' Pantai

Ketipang Payung


Tarikh : 22 September 2016
Masa : 6.00 petang
Sinopsis : Kumpulan Orkes Nirwana Johor Bahru yang diketuai oleh Datuk A. Rahman Hassan akan menghiburkan anda dengan rangkaian lagu- lagu popular mereka. Selain itu, berhibur juga dengan tetamu undangan mereka Datuk Jefrydin, Maisya dan Sometimes Group. Jangan lupa temujanji anda.


Tarikh : 23 September 2016
Masa : 3.00 petang
Sinopsis : Bertemakan lagu- lagu popular berentak balada popular. Antara artis- artis yang akan menghiburkan anda termasuklah Farawahida, Arm, Han, Fitri, dan Erul. Saksikan persembahan hebat mereka bersama pengacara , Yatt Hamzah.


Tarikh : 23 September 2016
Masa : 6.00 petang
Sinopsis : Empat lagi penyanyi berlainan etnik dengan pelbagai bahasa pertuturan khususnya dari Bumi Kenyalang akan menghiburkan anda pada minggu ini. Jangan lupa bersama pengacara, Atiqah Nur Fatma untuk menyaksikan persembahan hebat mereka


Tarikh : 24 September 2016
Masa : 8.00 malam
Sinopsis : Harus Ku pergi dan Ketulusan Hati merupakan antara lagu- lagu popular Riz Zaizizi. Ikuti pengalaman Riz sepanjang bergelar anak seni yang sentiasa ada pasang surutnya. Bersama pengacara, Nabil Ahmad .


Tarikh : 24 September 2016
Masa : 10.00 malam
Sinopsis : Ketipang Payung, satu- satunya rancangan yang memartabatkan seni tari dalam filem- filem klasik Melayu bermula tahun 1930an. Filem yang akan dikupas pada minggu ini ialah Laila Majnum yang mengisahkan percintaan yang terhalang. Jangan lupa bersama Siti Aisyah Bujang untuk paparan lanjut.

Hiburan Minggu Ini: Flop Poppy & Pretty Ugly

Konsert Anugerah Tribute P.Ramlee

Generasi Muzik

Inilah…

Seni Beradab


Tarikh : 25 September 2016
Masa : 8.00 malam
Sinopsis : Saksikan gandingan dua kumpulan muzik yang menjadi fenomena dalam industri muzik tanahair iaitu Flop Poppy dan Pretty Ugly. Mereka akan berkongsi pentas untuk menghiburkan anda menerusi lagu- lagu popular mereka.


Tarikh : 25 September 2016
Masa : 10.00 malam
Sinopsis : Persembahan artis- artis popular yang akan menghiburkan anda dengan rangkaian lagu- lagu Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee. Antara artis yang akan membuat persembahan termasuklah Dayang Nurfaizah, Datuk Ramli Sarip, Hazama dan ramai lagi. Jangan lupa bersama pengacara anda, Jimmy Shanley.


Tarikh : 26 September 2016
Masa : 3.00 petang
Sinopsis : Berhibur dengan artis- artis baru dan lama seperti Winnie Kok, NRG, Silent Stage, Scientist, Mardiana Alwi, Bayang dan Sofaz. Mereka akan berkongsi perkembangan kerjaya nyanyian masing- masing selain menghiburkan anda dengan lagu- lagu popular mereka. Jangan lupa bersama pengacara, Tinie 3R.


Tarikh : 26 September 2016
Masa : 6.30 petang
Sinopsis : Dua beradik ini mula memeriahkan dunia seni tanahair seawal tahun 80an. Kini, walaupun tanpa album baru, Azlina dan Liza Aziz masih menjadi pilihan penganjur sebagai duta kecil Malaysia untuk menghiburkan tetamu di luar negara. Jangan lupa menyaksikan persembahan bertenaga mereka.


Tarikh : 27 September 2016
Masa : 6.00 petang
Sinopsis : Seni Beradab mengketengahkan adab- adab yang melibatkan masyarakat Malaysia. Selain itu, saksikan juga paparan mengenai seni warisan Melayu serta tarian dan permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Jangan lupa bersama pengacara, Dang Suria Zainurdin.

1. (JUARA MINGGU 36/2016) Mungkin Saja - Janna Nick
2.Sejati - Faizal Tahir
3. Terima Aku Seadanya - Hafiz & Misha Omar
4. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
5. Bukan Siapa Siapa - Aeroplan Band
6. Terakhir - Sufian Suhaimi
7. Sama Kamu - Ewal
8. Di Amaran Mama - Hazama
9. Cemburu - Nabila Razali
10. Kelabu - Mojo
11. Keliru - Sissy Imann
12. Jangan Marah - Ernie Zakri
13. Sudah Ku Tahu - Projector Band
14. Puncak Gapura - Ihab Ismail
15. Selamanya Cinta - Shila Amzah & Alif Satar
16. Sampai Jannah - Farah Farhana
17. Demi Cinta - Ezad Lazim
18. Bagai Hidup Semula - Aizat
19. Sakit - IAmNeeta(Pen. Baharu)
20. Ku Tak Mahu Cinta - Sandra (Pencalonan Baharu)

1. (JUARA MINGGU 36/2016) I Hate U, I Love You - Gnash
2. This Is What You Came For -Rihanna ft Calvin Harris
3. Medina - Maher Zain
4. One Dance - Drake ft Wizkid & Kyla
5. Ride - Twenty One Pilots
6. Can't Stop The Feeling - Justin Timberlake
7. Lanes - Yuna
8. Cheap Thrills - Sia ft Sean Paul
9. Just Like Fire - Pink
10. Send My Love - Adele
11. Rock Bottom - Hailee Steinfeld ft DNCE
12. Secret Love Song - Little Mix ft Jason Derulo
13. Mencari Cinta Sejati - Cakra Khan
14. Close - Nick Jonas ft Tove Lo
15. Uncover - Zara Larsson
16. Wherever I Go - One Republic
17. Kunci Hati - Afgan
18. Make Me - Britney Spears
19. Red Dress - Magic! (Penc. Baharu)
20. Bila-RyanSufiyanftKalysa&LeftTool (Pen. Baharu)


Saluran radio MUZIK FM


Pada 1975 seawal penubuhan MUZIKfm dikenali dengan nama FM Stereo. FM Stereo merupakan stesen radio yang pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan siaran dalam bentuk stereofonik. Pada 1989 FM Stereo namanya ditukarkan ke Radio 2, dan telah menjadi stesen yang begitu kuat pengaruhnya dengan jumlah pendengar yang ramai, melebihi 3 juta.

Seterusnya pada 1 Ogos 1994 sekali lagi stesen ini melakar sejarah dengan pertukaran nama, menjadi Radio Muzik. Beberapa rombakan telah dilakukan dan stesen Radio Muzik bersiaran 24 jam sehari dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada 1 Ogos 1998 sekali lagi stesen ini mendapat nama baru iaitu Radio Malaysia Saluran Muzik (RMSM). Nama itu kekal hinggalah pada awal tahun 2000.

1 April 2005, sejarah indah terlakar apabila nama Radio Muzik ditukar kepada MUZIKfm sempena penjenamaan semula radio RTM. Pada 30 April dan 1 Mei 2005 MUZIKfm telah mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran selama 25 jam di TH06 Menara Kuala Lumpur, menara tertinggi di Malaysia dan ke empat tertinggi di dunia. Walau apa jua nama yang diberi kami tetap STESEN MUZIK ANDA. MUZIKfm sekali lagi melakarkan sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran luar 50 jam tanpa henti di penghujung Benua Asia, Tanjung Piai, Johor pada 23 hingga 25 Februari 2007.

Pada penghujung 2011, Muzikfm telah dihentikan sementara siaran secara terrestrial dan bersiaran secara dalam talian. Pembangunan kandungan Muzikfm telah menjalani proses transformasi dalam tempoh tersebut dan siaran ujian kandungan dan persembahan multimedia dimulakan pada 1 Mei 2012 dengan gabungan saluran Muzik Aktif

Saluran televisyen MUZIK AKTIF

Muzik Aktif ialah saluran digital percubaan RTM dan telah diperkenalkan pada 1 Jun 2006 dalam Projek Perintis Pendigitalan Penyiaran RTM. Seterusnya dilancarkan dan disiarkan menerusi Astro 180 pada 16 Mac 2009 sehingga 10 April 2011 dan diganti dengan saluran TVi. Siaran Muzik Aktif diteruskan dengan penyiaran menerusi dalam talian RTM sehingga ia digabungkan dengan Muzikfm pada 1 Mei 2012.

GALAKSI MUZIK RTM

Galaksi Muzik RTM ialah operasi secara trimatra saluran televisyen, radio, internet dan mobile iaitu pengeskplotasian sifat sistem yang terbentuk daripada gabungan beberapa teknologi yang berlainan dan disebarluaskan kandungan yang diterbitkan kepada khalayak.

Galaksi Muzik RTM terbentuk hasil gabungan saluran radio Muzik fm dan saluran televisyen Muzik Aktif. Ia bersiaran secara langsung 24 jam sehari menerusi penyiaran internet dengan jajaran dan segmen secara kolaborasi. Pendengar dan penonton boleh berkomunikasi dengan penyampai dan artis jemputan secara audio visual terus dari kamera sesawang mereka di mana jua menerusi segmen khusus. Mereka juga boleh menghantar ucapan istimewa, ucapan harijadi, ucapan perkahwinan, ucapan hati ke hati dan pelbagai ucapan lagi serta permintaan lagu beserta gambar secara multimedia dan disiarkan langsung dari Galaksi Muzik RTM.

Untuk lebih menarik, ucapan pendengar dan penonton boleh disampaikan menerusi rakaman video digital, telefon dan pelbagai lagi peranti komunikasi elektronik. Pendengar dan penonton juga boleh menghantar klip video nyanyian atau band dan dikongsikan bersama menerusi siaran langsung di Galaksi Muzik RTM. Nikmati Revolusi Dan Dimensi Baharu Penyiaran Muzik RTM.


Galaksi Muzik RTM


Selamat datang ke Galaksi Muzik RTM iaitu penyiaran TV (Muzik Aktif) dan radio (Muzik fm) secara online streaming dan mobile http://galaksimuzik.rtm.gov.my. Nikmati revolusi dan dimensi baharu trimatra penyiaran muzik RTM yang menggabungkan dunia muzik tempatan dan antarabangsa RTM menerusi TV, radio internet dan peranti mudahalih. Anda boleh berkomunikasi bersama DJ dan artis jemputan di konti secara langsung menggunakan kamera web anda dari mana jua anda berada. Hantarkan ucapan secara multimedia/mms menggunakan telefon anda atau rakaman digital dan hantarkan kepada kami mulai sekarang di ucapan@galaksimuzik.com Anda juga boleh hantar klip video muzik anda atau band anda. Kiriman anda akan disiarkan secara langsung menerusi Muzikfm-Muzik Aktif. Enjoy.

Facebook: www.facebook.com/galaksimuzik
Twitter: @GalaksiMuzik @MuzikfmOnline
Instagram: http://instagram.com/galaksimuzikrtm
Tel: 03 22 88 7676
SMS: muzik send to 32776
MMS/Multimedia Video: ucapan@galaksimuzik.com
Muat turun aplikasi dekstop http://www.galaksimuzik.com/GalaksiMuzik.air
Muat turun aplikasi android di Play Store dengan carian Galaksi Muzik RTM:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.rtm.galaksimuzik
Segalanya Muzik Di Stesen Muzik Anda
http://galaksimuzik.rtm.gov.my
www.galaksimuzik.com


Pihak RTM tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan ketika melayari atau menonton siaran video, radio atau live streaming dari laman ini. Bagi pelayar yang melayari
dari luar sempadan Malaysia, pihak RTM tidak akan bertanggungjawab atas segala kelemahan kualiti video atau audio yang disiarkan.
Tertakluk kepada hal-hal perundangan dan teknikal.

RTM 2014-2016 Jabatan Penyiaran Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Hubungi Kami : ucapan@galaksimuzik.com Feedback | feedback@rtm.gov.my
Dibangunkan oleh Seksyen ICCC dan dikemaskini oleh Seksyen Kandungan Digital